Pra Diploma Pengajian Islam
Pra Diploma Tulab Education ialah program pengajian Islam separuh masa pada peringkat asas yang meliputi pelbagai disiplin ilmu teras agama. Program ini bertujuan memberikan peluang kepada individu yang tidak berkesempatan atau tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan asas agama secara formal. Ia bertujuan memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang agama sambil membuka jalan untuk melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui program ini, peserta dapat mendalami serta memperluas pemahaman mereka terhadap Islam, sejajar dengan keperluan dan cabaran semasa.







