Program Sijil Pengajian Islam Lanjutan Syukran International
Sijil Pengajian Islam Lanjutan Syukran International dengan kerjasama Tulab Education dilaksanakan secara separuh masa. Program ini adalah lanjutan daripada prohram Sijil Pengajian Islam Syukran International. Pelajar perlu menamatkan 144 jam kredit (4 modul) selama setahun, yang terdiri daripada,
- Modul Fiqh Kontemporari 2 (36 jam)
- Modul Maqasid Syariah (36 jam)
- Modul Usul Tafsir (36 jam)
- Modul Hadis Sirah (36 jam)
Peserta harus menamatkan 4 modul dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk berjaya dalam pengajian.
Syarat Kemasukan & Yuran
- Berumur 18 Tahun ke atas
- Boleh membaca al-Quran
- Yuran $65 sebulan
Penilaian Pengajian & Kehadiran
Penilaian ujian secara tulisan dibuat pada akhir setiap modul. Pelajar perlu menghadiri sekurang-kurangnya 80% dari waktu pengajian setiap modul . Jika kehadiran pelajar kurang dari 80% pelajar tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan. Peratusan dan gred penilaian seperti berikut .

